Kerajaan Setuju Perkenal Elaun Pasca Cuti Bersalin, Bantu Ibu Ambil Cuti Tambahan

Kerajaan Setuju Perkenal Elaun Pasca Cuti Bersalin, Bantu Ibu Ambil Cuti Tambahan

Kerajaan Setuju Perkenal Elaun Pasca Cuti Bersalin, Bantu Ibu Ambil Cuti Tambahan


Kerajaan secara prinsip bersetuju memperkenalkan Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) sebagai bantuan kewangan tambahan kepada pekerja wanita yang memerlukan cuti lanjutan selepas tamat tempoh cuti bersalin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, elaun itu akan diperkenalkan melalui pindaan kepada Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 132,000 pekerja wanita.

Beliau berkata, EPCB akan dibayar secara one-off pada kadar 80 peratus daripada gaji anggapan bulanan Orang Berinsurans (OB) wanita.

“Elaun ini adalah bantuan kewangan bagi cuti tambahan sehingga 30 hari (sebulan) yang diambil selepas tamat tempoh cuti bersalin 98 hari.

“Hasratnya adalah kita tidak mahu seperti yang berlaku selama ini, ibu merasakan terpaksa berhenti dan meninggalkan lapangan pekerjaan. Ini cadangan kita untuk mengurangkan tekanan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 bertemakan Pekerja MADANI Kesuma Negara di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan EPCB dibuat susulan kajian Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) yang menunjukkan pengunduran kerjaya dalam kalangan wanita selepas berumah tangga dan melahirkan anak.

Beliau berkata, kadar penyertaan tenaga buruh wanita menurun daripada tahap optimum 78.9 peratus bagi kategori umur 25 hingga 29 tahun kepada 68.6 peratus bagi golongan berusia 35 hingga 39 tahun.

“Komitmen ‘maternity’ (bersalin) dipercayai adalah satu daripada faktor penyumbang kepada penurunan ini. Jadi, sebagai langkah progresif mengiktiraf peranan wanita dan ibu di negara kita, bersetuju untuk memperkenalkan elaun pasca cuti bersalin mengikut Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata kerajaan juga akan meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri 2017 bagi membolehkan perlindungan PERKESO diperluas kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, bermula dengan pekerja rentas sempadan Malaysia-Singapura.

KREDIT GAMBAR UTAMA: BERNAMA






Source link

OR

Scroll to Top