mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Dua kertas siasatan membabitkan kes fitnah pemilikan saham Velocity oleh media Bloomberg.com dan kes salah guna kuasa bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki sudah dirujuk ke pejabat Peguam Negara Khamis lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar berkata, kertas siasatan itu sudah dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk arahan dan nasihat selanjutnya.
“Kertas siasatan sudah dirujuk untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Harian Metro sebelum ini melaporkan polis mengesahkan sudah merakam keterangan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
M Kumar dilaporkan berkata, ia berkaitan penerbitan artikel oleh bloomberg.com mengandungi kenyataan berunsur fitnah mengenai pemilikan saham Velocity Capital Partner Berhad dan isu dakwaan penyalahgunaan kuasa dan ugutan jenayah ke atas orang awam bernama Albert Tei.
Terdahulu, Azam mengesahkan beliau sudah memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman berhubung dakwaan yang dibuat terhadapnya oleh ahli perniagaan, Albert Tei.
© New Straits Times Press (M) Bhd






