Kilafairy akui sukar untuk istiqamah – “Alhamdulillah, buat masa ini tudung masih atas kepala”

Kilafairy akui sukar untuk istiqamah – “Alhamdulillah, buat masa ini tudung masih atas kepala”


Pelakon Kilafairy menepis dakwaan kononnya terdetik untuk kembali tidak bertudung kerana kurang tawaran lakonan sebaliknya mengakui perkara itu muncul daripada pergolakan jiwa insan yang lemah.

Memetik laporan HibGlam, pemilik nama Syakila Nisa Jahangir Khan, 34, berkata, rezekinya tidak pernah putus dan bukan menjadi punca wujudnya perasaan tersebut.

Tudung masih atas kepala

kilafairy Tudung masih atas kepala

“Memang bukan sebab tiada tawaran, sejujurnya tawaran berlakon masih okey. Alhamdulillah.
“Cuma tidak dinafikan pada waktu tertentu, datang satu rasa yang entah kenapa terlintas, macam senang kalau keluar tanpa tudung. Keluar saja tanpa fikir apa-apa. Tapi rasa itu cepat-cepat saya tahan,” kata Qila, baru-baru ini.

Pelakon filem Karak itu memberitahu sehingga kini dia masih berhijab dan doa orang sekeliling menjadi sumber kekuatan untuk terus kekal istiqamah.

Bagaimanapun, Kila tidak menolak bahawa dia sedang berperang dengan perasaan sendiri dan cuba menguruskannya sebaik mungkin.

“Setakat ini Alhamdulillah, tudung masih di atas kepala. Doakanlah supaya berterusan sampai bila-bila.
“Saya percaya, saya pakai tudung pun hasil doa orang. Jadi doa itu sangat kuat kesannya.
“Ada waktu saya sendiri keliru, tapi saya masih melawan perasaan itu. Berkat doa semua, saya masih bertahan,” kongsinya.

Tambah anak kepada Allahyarhamah Rohana Jalil itu lagi, detik goyah tersebut membuatkan dirinya mencari kekuatan dengan merujuk golongan berilmu.

Namun perkara itu bukanlah sesuatu perkara yang asing baginya kerana percaya ramai juga wanita berdepan perasaan yang sama.

“Apabila rasa itu datang, saya terus hubungi ustazah. Ustazah cakap, ‘di sinilah pahala awak’. Katanya, usaha menahan diri daripada membuka tudung itu sendiri satu ganjaran.
“Tapi sebenarnya ramai juga mesej saya dan cakap, ‘ya Allah, saya ingat saya seorang saja rasa macam ni’.
“Saya suka bila mereka tahu mereka tak keseorangan. Saya rasa hampir setiap wanita pernah lalui fasa begitu,” luahnya.

Disoal sama ada mendapatkan nasihat daripada rakan selebriti, Kila memberitahu banyak keputusan yang dibuat bergantung pada kekuatan diri sendiri.

“Tak ada nasihat secara khusus daripada kawan-kawan.
“Ada juga yang hubungi, tapi akhirnya diri sendiri juga kena kuat. Dalam hati selalu cakap, ‘sayangnya nak buka’. Jadi rasa itu masih kekal,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Iman Kilafairy dah hujung-hujung, terfikir kembali tak bertudung

Terdahulu, Kilafairy pernah mendedahkan dirinya sedang berperang dengan perasaan untuk kembali tidak bertudung, sekali gus membuka mata ramai tentang cabaran sebenar mengekalkan istiqamah.

Untuk info, pelakon itu mula berhijab pada 2020 dan mengakui hanya selepas melalui sendiri perjalanan itu, baharulah dia benar-benar memahami betapa sukarnya untuk terus kekal di jalan yang benar.

Sumber: HibGlam (Nur Muhammad Haikal Ramli)





Source link

OR

Scroll to Top