Kongsi Pesanan Habib Umar Berkenaan ‘Hijrah Sejati’, Netizen Ucap Terima Kasih Pada Zizi Kirana – “Siapa Sangka Harini Dia Pesan Untuk Sama-Sama Jaga Aurat”

Kongsi Pesanan Habib Umar Berkenaan ‘Hijrah Sejati’, Netizen Ucap Terima Kasih Pada Zizi Kirana – “Siapa Sangka Harini Dia Pesan Untuk Sama-Sama Jaga Aurat”


Penyanyi dan pelakon, Zizi Kirana sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi pesanan penuh makna daripada ulama terkenal, Habib Umar Hafidz berkenaan makna sebenar hijrah sejati di Threads miliknya baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Zizi berkongsi beberapa pesanan yang dititipkan Habib Umar  menyentuh soal perubahan diri dan keikhlasan seseorang dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Dalam pesanan tersebut, Habib Umar menjelaskan bahawa hijrah bukan hanya sekadar perubahan luaran semata-mata, tetapi juga melibatkan hati yang benar-benar ingin meninggalkan perkara yang tidak diredai Allah.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut mendapat pujian rata-rata warganet yang tersentuh dengan mesej disampaikan Zizi.

Bahkan, ramai yang tidak menyangka penyanyi yang dahulunya sinonim dengan imej seksi itu kini menjadi antara selebriti yang aktif menyebarkan mesej dakwah dan motivasi spiritual.



Source link

OR

Scroll to Top