September 8, 2024

Kuching City tumbangkan PDRM di Kuching

Kuching City tumbangkan PDRM di Kuching


KUCHING City FC menikmati kemenangan pertama Liga Super 2024/25 pertama musim ini selepas menewaskan PDRM FC, 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching pada Jumaat.

Dua gol setiap babak membolehkan anak buah Aidil Sharin Sahak mengumpul enam mata selepas mengharungi lima perlawanan liga.

Kekalahan itu menyaksikan anak buah P Maniam kekal berada di kedudukan kesembilan liga dengan mengumpul empat mata selepas lima perlawanan.

Pada perlawanan itu, Danial Amier Norhisham menjelmakan gol pertama The Cats seawal minit kedua bagi memimpin separuh masa pertama.

The Cops berpeluang menyamakan kedudukan, namun sepakan penalti Ifedayo Olusegun dinafikan penjaga gol The Cats, Shahril Saari minit ke-37.

Separuh masa kedua, The Cops berusaha bangkit menyaingi The Cats, namun ketumpulan penyudah menyaksikan deretan percubaan gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

Tuan rumah yang seakan belum berpuas hati dengan jaringan menambah satu lagi gol menerusi penalti Jordan Mintah pada minit ke-91.

Di Alor Setar pula, Kedah Darul Aman (KDA) FC menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 3-0 di Stadium Darul Aman.

Gol anak buah Nafuzi Zain hadir menerusi Mohd Rizal Ghazali pada minit kesembilan bagi memimpin separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Muhammad Syafiq Ahmad menambah duka Kijang Hijau apabila meledak gol kedua pada minit ke-58 sebelum Sony Norde memastikan tiga mata dengan gol jelmaan minit ke-72 untuk tiga mata skuad Hijau Kuning.

KEPUTUSAN

LIGA SUPER 2024/25

Kuching City 2-0 PDRM

Kedah Darul Aman 3-0 Kelantan Darul Naim

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top