PETALING JAYA : Seorang lelaki akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok kerana disyaki merogol anak perempuannya berusia 17 tanun.
Ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, satu laporan polis diterima pada 18 Jun lalu pada pukul 9.07 malam oleh seorang pengadu.
Katanya, pengadu yang merupakan Pegawai Perubatan berusia 41 tahun membuat laporan mengenai mangsa yang dilaporkan telah mengandung.
“Mangsa menyatakan telah dipaksa oleh bapanya membuat perhubungan seksual sejak dari umur 12 tahun.
“Susulan itu, suspek ditahan pada 19 Jun lalu dan akam dituduh esok,” katanya dalam satu kenyataan malam
ini.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan. – UTUSAN






