September 8, 2024

Lelaki tawar khidmat jadi 'teman lelaki tidak tampan' untuk disewa

Lelaki tawar khidmat jadi 'teman lelaki tidak tampan' untuk disewa


Tokyo: Seorang lelaki di Jepun meraih keuntungan dengan menawarkan perkhidmatan ‘teman lelaki yang tidak begitu tampan untuk disewa’.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, bekas pelawak Rui Shinohara, 34, memuat naik di X, pada 2020 bahawa dia mula menyewakan dirinya kepada mereka yang ingin menggunakan khidmatnya.

Tawaran itu dibuka kepada wanita yang mahu seorang lelaki yang kelihatan sederhana atau mereka ingin mempersiapkan diri untuk temu janji mereka dengan lelaki yang tampan.

Dia juga menawarkan dirinya diambil jenama fesyen yang memerlukan model berwajah sederhana.

Shinohara menambah bahawa pelanggan boleh membulinya tetapi tidak keterlaluan.

Perkongsiannya menerima 36,000 tanda suka dan 30 permintaan perkhidmatan selepas menyiarkan ciapan itu.

Shinohara berkata, dia bagaimanapun terpaksa menghentikan perkhidmatannya apabila jumlah pelanggan menurun secara mendadak kerana Covid-19.

Ketika wabak itu, dia berhijrah ke Filipina kerana kos sara hidup lebih berpatutan, tetapi berpindah semula ke Jepun selepas setahun kerana tekanan kerja yang besar.

Shinohara memulakan semula perkhidmatan sewanya selepas kembali ke Jepun.

Dia kini mengenakan bayaran 10,000 yen (kira-kira RM290) untuk dua hingga tiga jam dan pelanggan mesti membayar kos makanan dan pengangkutan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top