Mapim santuni 210 individu memerlukan bantuan

Mapim santuni 210 individu memerlukan bantuan



sudirman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seramai 210 golongan asnaf, pesakit dan individu memerlukan sumbangan disantuni pada program Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah di Flat Desa Pandan, di sini, hari ini.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Faris Hussain berkata, program dengan rakan strategi Cinta Gaza Malaysia (CGM), Zus Malaysia dan Yayasan Wakaf Malaysia itu turut menyediakan rawatan kesihatan percuma kepada golongan sasar.

“Program kali ini kami menyantuni penduduk di kawasan sekitar Titiwangsa dan mendapat sokongan daripada masyarakat tempatan untuk kita serahkan kotak bantuan kepada 210 asnaf yang memerlukan bantuan.

“Pada masa sama, kita juga ke pergi rumah ke rumah untuk sampaikan sumbangan kepada asnaf yang mempunyai keuzuran. Kita dapat lihat keperluan masyarakat yang berbeza. Ada yang diuji dengan kanser, penyakit jantung dan lain-lain.

“Mapim juga bersama rakan strategik kita turunkan aset yang ada, iaitu seperti kita bawa dua doktor dan sukarelawan untuk membuat pemeriksaan dan rawatan percuma,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, program khidmat komuniti itu sudah diadakan sejak Covid-19 dengan anggaran 80,000 penerima bantuan.

“Mapim sudah menjalankan misi ini lebih tujuh kali maksudnya secara besar-besaran. Ia bermula daripada Covid-19. Pertama, kita lihat masyarakat terjejas dan kita terima panggilan telefon daripada pelbagai pihak termasuk usahawan yang bisnes mereka jatuh selain mengalami cabaran hidup.

“Alhamdulillah atas sokongan rakyat Malaysia yang menyumbang maka kita dapat jalankan program sebegini. Kita juga terima sokongan daripada rakan korporat dan NGO tempatan dan agensi kerajaan seperti Jakim, maka inisiatif ini dapat diadakan dengan lebih besar.

“Hampir lima tahun diadakan, kalau lihat data kita yang sebelum ini sekitar penerima manfaat lebih daripada 80,000 daripada program Mapim ini termasuk Ziarah Kesihatan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top