Mengadu Bengkak Susu, ‘Inside Joke’ Ayda Jebat Dikecam Netizen

Mengadu Bengkak Susu, ‘Inside Joke’ Ayda Jebat Dikecam Netizen


Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat menyorot perhatian ramai selepas tindakannya berkongsi hantaran di media sosial baru-baru ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

Kata Ayda, dia mengalami bengkak susu dan berharap dapat pulang segera ke rumah untuk mendapatkan rawatan berupa urutan daripada penjaga wanita atau Confinement Lady (CL).

Namun, Ayda memaklumkan, dia takut apabila suaminya, Nabil Mahir terpaksa menggantikan kerja urutan yang biasa dilakukan oleh CL.

“Tengah bengkak susu. Sakit hanya Tuhan yang tahu.

“Nak balik cepat biar CL urut. Kalau suami urut lama sangat jadi lain pula,” selorohnya.

Meskipun ia sekadar gurauan, namun rata-rata warganet menyifatkan kenyataan Ayda itu sebagai tidak menjaga aib dan sengaja melakukan lawak ‘double meaning’.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, hantaran yang dikongsikan di platform Threads itu telahpun dipadam.

Sekadar info, pelantun lagu ‘Parah Parah’ itu selamat melahirkan anak ketiganya pada 25 Januari lalu.

Berita gembira itu dikongsikan Ayda menerusi hantaran di Instagram, selain memaklumkan nama pilihan untuk puteri comel itu ialah Anggun Mikayla.

ARTIKEL BERKAITAN:Beri Nama Anggun Mikayla… Ayda Jebat, Nabil Mahir Sambut Anak Ketiga!

ARTIKEL BERKAITAN:Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Dapat Baby Girl! Jantina Anak Ketiga Diketahui Saat Gender Reveal – “Kami Ingatkan Lelaki… Banyak Beli Barang Warna Biru”

ARTIKEL BERKAITAN:“Orang Tu Tengah Struggle Nak Baik Dari Stroke” – Ayda Jebat Terkilan, Tegur Netizen ‘Berusia’ Persenda Nama Bapa 



Source link

OR

Scroll to Top