Misi angkasa Katy Perry dituduh palsu, cetus teori konspirasi dalam talian

Misi angkasa Katy Perry dituduh palsu, cetus teori konspirasi dalam talian


LONDON: Satu kesilapan mencetuskan teori konspirasi dalam talian mengenai penerbangan Katy Perry ke angkasa lepas bersama Blue Origin.

Selepas kapsul New Shepard mendarat, pengasas Blue Origin, Jeff Bezos membuka pintu menggunakan alat khas untuk menyambut kru wanita yang berada di dalamnya namun, rakaman beberapa minit sebelumnya jelas menunjukkan pintu kapsul dibuka dari dalam sebelum ditutup dengan tergesa-gesa.

Teori konspirasi dalam talian menumpukan perhatian pada detik aneh ini, menganggapnya sebagai ‘bukti muktamad’ bahawa misi tersebut adalah palsu.

Sementara dakwaan misi ini adalah penipuan terancang menjadi tular, pakar mengatakan pelancaran Blue Origin adalah situasi ideal untuk teori konspirasi.

Pakar psikologi konspirasi dari Universiti Nottingham, Dr. Daniel Jolley memberitahu MailOnline angkasa lepas itu luas, kompleks, dan sukar untuk mengaksesnya dan dalam konteks ini, lebih mudah bagi sesetengah individu untuk mempersoalkan naratif rasmi.

Di X, banyak pengguna yang sudah meragui pelancaran ini dan mengganggap kesilapan memalukan ini sebagai tanda jelas bahawa teori mereka betul.

“Ini palsu. Wanita itu membuka pintu dari dalam tanpa alat. Mereka kemudian menunggu beberapa minit, dan Jeff Bezos muncul dengan sesuatu alat dan berpura-pura membuka kunci,” tulis seorang pengguna.

“Ini sangat palsu. Tengoklah pintu dibuka dari dalam, tapi kemudian perlukan alat untuk buka dari luar,” kata seorang lagi pengguna.

Sebab utama teori konspirasi tertumpu pada butiran ini adalah kepercayaan bahawa kabin bertekanan tidak sepatutnya mempunyai pintu yang terbuka ke dalam dan boleh dikendalikan oleh penumpang.

Biasanya, kapal angkasa mempunyai pintu yang terbuka ke luar dan memerlukan pasukan juruteknik bekerja dari luar untuk membukanya.





Source link

OR

Scroll to Top