July 27, 2024

MITI rangka Pelan Strategik Semikonduktor secara menyeluruh – PM

MITI rangka Pelan Strategik Semikonduktor secara menyeluruh – PM


KUALA LUMPUR – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk merangka Pelan Strategik Semikonduktor secara menyeluruh bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan terpilih bagi industri bagi industri semikonduktor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan dibuat selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 3 tahun 2024 hari ini.

Dalam mesyuarat itu, antara lain meneliti kedudukan semasa dan prospek masa hadapan negara bagi industri semikonduktor termasuklah sokongan kepada pelbagai cadangan pengembangan yang telah diajukan kepada saya sebelum ini.

“Sayugia, hal ini penting bagi menarik minat pelbagai syarikat semikonduktor antarabangsa untuk menubuhkan fasiliti pembuatan semikonduktor berkualiti tinggi di Malaysia.

“Pelan Strategik ini akan turut meliputi pakej insentif yang lebih menarik bagi mempertingkatkan kemasukan pelaburan strategik dalam semikonduktor berteknologi tinggi, khususnya bagi menggalakkan lebih banyak aktiviti front-end dalam industri semikonduktor di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat juga telah meneliti cadangan pembangunan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) dan bersetuju ianya dilaksanakan secara usaha sama oleh syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan (GLIC) dengan kerjasama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Perak.

“Ini merupakan titik tolak kepada usaha Kerajaan MADANI untuk mempercepatkan pembangunan KIGIP, yang dilihat sebagai salah satu pemangkin utama bagi menarik pelaburan hijau ke dalam negara sementelahan pengoperasiaan KIGIP akan dijana sepenuhnya dengan Tenaga Boleh Baharu (TBB) selaras dengan aspirasi negara ke arah mencapai neutral karbon seawal 2050,” ujarnya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top