May 27, 2024

Harga petrol, diesel kekal


KUALA LUMPUR – Harga runcit bagi petrol dan diesel kekal bagi tempoh 18 April 2024 hingga 24 April 2024.

Kementerian Kewangan berkata, sepanjang tempoh tersebut harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petroldan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 



Source link

OR

Scroll to Top