MITI umum prestasi dagangan suku pertama 2024 esok

MITI umum prestasi dagangan suku pertama 2024 esok


KUALA LUMPUR – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mengumumkan prestasi perdagangan dalam tempoh suku pertama 2024 esok.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau menjangkakan pengumuman prestasi perdagangan negara akan menyaksikan perkembangan yang positif, termasuk eksport.

“Saya jangkakan pengumuman esok yang positif. Kita tunggu pengumuman esok, tapi alhamdulillah prestasi dalam tiga bulan pertama eksport negara berada pada angka dan keadaan yang amat positif,” katanya ketika sidang media selepas Pra Pelancaran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024, di sini, hari ini.

Sehubungan itu katanya, kerajaan sentiasa berusaha meluaskan jaringan destinasi perdagangan eksport negara agar tidak bergantung kepada lokasi tradisional.

Jelasnya, ia merupakan salah satu strategi untuk meluaskan pasaran eksport produk negara.

“Salah satu yang jadi halangan atau cabaran kepada dagangan dunia adalah konflik geopolitik terutama konflik di Timur Tengah. Iraq sudah lancar serangan ke atas Israel sekarang. Selain Israel dengan Gaza.

“Tidak dilupakan juga masalah Laut Merah yang mana ada aktiviti lanun dan kapal terganggu menyebabkan bukan hanya Malaysia malah seluruh negara. Jadi salah satu strateginya adalah kita mempelbagaikan pasaran dengan negara yang menunjukkan peningkatan peluang pasaran untuk produk Malaysia,” ujarnya. -MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top