“Mungkin Ada Sebab Allah Beri Jodoh Lambat, Mungkin Nak Beri Betul-Betul Terbaik”

“Mungkin Ada Sebab Allah Beri Jodoh Lambat, Mungkin Nak Beri Betul-Betul Terbaik”


Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha berkata dia tidak tertekan apabila sering ditanyakan mengenai soal jodoh serta menyerahkan kepada ketentuan takdir.

Memetik mStar Online, Daiyan berkata keluarga juga tidak memberi tekanan mengenai soal jodoh tambahan pula dia sudah biasa hidup berdikari.

BACA: “KA Tolong Tangkap Orang Tu” – Daiyan Trisha Jadi Mangsa Scam Rembayung

“Eh tak adalah terlupa pun (cari jodoh), cuma macam saya cakap, tak ada orang beri tekanan kepada saya. Ibu bapa pun tak dan mereka okay sangat. Kalau ada saya okay, tiada pun okay.

Saya rasa jodoh itu sesuati yang saya tak persoalkan pun. Kalau ada saya tawakal saja. Tak adalah sedih sangat, tapi mungkin sebab saya dah terbiasa hidup berdikari,” katanya.

Sementara itu, Daiyan mengakui ada yang cuba mendekati namun lelaki yang ingin memenangi hatinya perlu melepasi halangan terbesar iaitu sistem sokongannya.

“Ada yang datang mengurat apa semua. Tapi dia bukan untuk bersaing dengan saya saja, sebaliknya kena bersaing dengan sistem sokongan saya yang paling kuat.

“Kita pun mungkin ada sebab kenapa Allah beri saya jodoh lambat, mungkin nak beri saya yang betul-betul terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai kriteria lelaki idaman, Daiyan berkata dia percaya pilihan Allah adalah paling tepat.

“Lelaki yang diidamkan? Itu semua rahsia Allah. Bila dah sampai waktunya nanti, mungkin saya akan tahu sendiri,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top