“Aku Jaga Anak Kau, Kau Nak Saman Aku? Kau Alright Tak?” – Kak KM

“Aku Jaga Anak Kau, Kau Nak Saman Aku? Kau Alright Tak?” – Kak KM


Usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli mempersoalkan tindakan kakaknya, Kak Nona yang mahu menyamannya kerana memberi kenyataan berkenaan kes membabitkan anak-anaknya.

Memetik Astro Gempak, Kak KM berkata dia membantu menjaga anak-anak kakaknya serta bertanyakan sama ada Kak Nona dalam keadaan baik atau tidak.

BACA: “Anak Aku, Aku Urus Bukan Kau” – Kak Nona Beri Amaran,  Hantar Surat Saman Pada Kak KM

“Oooo saman, kesian. Aku jaga anak kau, kau nak saman aku? Kau orite tak?,” katanya.

Sementara itu, Kak KM berkata dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana menghormati permintaan ibunya, Normah Damanhuri yang mahu mereka berbaik.

“Lantak dia la nak jadi apa pun, saya kesian tengok mak menangis. Mak minta untuk saya tak cakap apa-apa dan minta saya berbaik dengan dia,” katanya.

Terdahulu, , Kak Nona mendakwa adiknya sengaja mengeruhkan keadaan dengan kenyataan kepada pihak media mengenai kes berkenaan.

Tambah Kak Nona lagi, disebabkan kenyataan adiknya itu  netizen mula membuat pelbagai spekulasi serta memberi kesan pada reputasinya.

Sumber: Astro Gempak






Source link

OR

Scroll to Top