June 24, 2024

Mungkin masa PM pergi pasar barang tak naik harga – Hamzah


KUALA LUMPUR – “Anwar, mungkin masa kau pergi tak naik harga tapi seluruh negara harga barang naik!”

Itu sindiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu video di media sosial, Ahli Parlimen Larut itu membalas respon Anwar terhadapnya semalam.

“Hei masalah betul PM ini dia kata pergi warung-warung kecil saban minggu, pergi pasar, takkan macam itu punya PM.

“Kalau sudah pergi tiap-tiap mingu takkan tak tahu harga naik. Masalah, masalah,” ujarnya lagi.

Semalam Anwar menjawab kenyataan Hamzah yang menyuruhnya turun ke pasar bagi meninjau kenaikan harga barang yang semakin menghimpit masyarakat.

Anwar pula membidasnya dengan memberitahu, beliau saban minggu ke warung kecil, pasar untuk meninjau harga barangan.

Bagaimanapun Hamzah tidak menjawab cabaran supaya Setiausaha Agung Bersatu itu dakwaan kononnya partinya mendokong tokoh korporat besar dan tidak perlu berdolak dalih dengan memainkan isu kenaikan harga barang. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hamzah belum jawab dakwaan Bersatu dokong tauke kaya – PM

 



Source link

OR

Scroll to Top