Naib Presiden Buriram United mohon maaf gelar Stadium MBPJ usang

Naib Presiden Buriram United mohon maaf gelar Stadium MBPJ usang


Hantaran yang dimuat naik oleh Chidchob di laman Facebook miliknya.

NAIB Presiden Buriram United, Karuna Chidchob tampil memohon maaf selepas memuat naik hantaran di laman Facebook miliknya yang menyifatkan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai tua dan usang.

Dalam hantaran yang kapsyennya telah dipadamkan, Chidchob berkongsi gambar bersama Presiden Buriram, Newin Chidchob ketika menyaksikan sesi latihan pasukan tersebut di Kelana Jaya.

Beliau kemudian bertindak memadam kapsyen berkenaan dan menggantikannya dengan emoji hati berwarna biru selepas menerima reaksi daripada peminat bola sepak tempatan.

Isu tersebut turut mendapat maklum balas daripada seorang penyokong Selangor FC yang meninggalkan komen memaklumkan bahawa kelab itu bakal memiliki stadium baharu.

“Hai Puan… Stadium baharu Selangor FC kini sedang dalam pembinaan di Shah Alam dan dijangka mula beroperasi pada awal tahun 2029,” tulis penyokong berkenaan.

Chidchob kemudian membalas komen tersebut dengan memohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

“Sangat kesal dengan apa yang saya katakan,” tulisnya.

Selangor FC dijadualkan turun menentang Buriram United dalam aksi perlawanan akhir pertama Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) di Stadium MBPJ hari ini.



Source link

OR

Scroll to Top