‘Dia gugurkan bom macam Ronaldo buat’ – Carragher label Salah pentingkan diri

‘Dia gugurkan bom macam Ronaldo buat’ – Carragher label Salah pentingkan diri


LEGENDA Liverpool, Jamie Carragher melabel Mohamed Salah sebagai individu yang mementingkan diri susulan kritikannya terhadap corak permainan kelab di media sosial.

Salah yang bakal melakukan penampilan terakhirnya bersama Liverpool menentang Brentford di Anfield hujung minggu ini, sebelum ini menyatakan bahawa kelab perlu mengembalikan identiti bola sepak ‘heavy metal’.

Kenyataan tersebut dilihat sebagai kritikan terbuka terhadap gaya permainan pengendali semasa, Arne Slot.

Carragher menyamakan tindakan Salah itu seperti kontroversi yang dicetuskan oleh Cristiano Ronaldo ketika meninggalkan Manchester United sebelum ini.

“Saya tidak terkejut. Saya sudah katakan kepada semua orang, sesuatu akan berlaku sebelum penghujung musim. Dia akan ‘menggugurkan bom’ seperti yang dilakukan Ronaldo ketika keluar dari Manchester United.

“Kurang dua tahun lalu, saya pernah melabelnya sebagai pentingkan diri kerana satu temu bual, dan perkara itu terbukti benar sekali lagi,” katanya kepada Sky Sports.

Kritikan Salah di platform X hadir selepas kekalahan 2-4 Liverpool kepada Aston Villa, sekali gus meletakkan kelab itu di tangga kelima Liga Perdana Inggeris dan menambah tekanan kepada kedudukan Slot.

“Kekalahan berturut-turut musim ini amat menyakitkan dan bukan sesuatu yang layak diterima oleh penyokong.

“Saya mahu melihat Liverpool kembali menjadi pasukan penyerang ‘heavy metal’ yang ditakuti lawan dan kembali memenangi trofi. Itulah bola sepak yang saya tahu mainkan dan identiti itu perlu dikembalikan semula,” tulis Salah.

Susulan tindakan tersebut, bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney turut memberi pandangan bahawa Slot sepatutnya menggugurkan Salah daripada skuad utama untuk perlawanan terakhirnya hujung minggu ini sebagai pengajaran.



Source link

OR

Scroll to Top