Naik perahu lari ke Thailand, penyeludup tinggalkan vape peranti RM20,000

Naik perahu lari ke Thailand, penyeludup tinggalkan vape peranti RM20,000


PASIR MAS: Sekumpulan penyeludup bertindak melarikan diri dengan menaiki perahu ke Thailand selepas cubaan mereka membawa keluar 200 unit peranti vape menggunakan laluan tidak sah di serbu Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam.

Serbuan pukul 7.30 malam di pangkalan haram Pok Dik, Bakong di sini membawa kepada rampasan vape bernilai RM20,000 ke Thailand.

Komander Briged Tenggara Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, kumpulan penyeludup itu bertindak melarikan diri ke arah Thailand menggunakan perahu.

Katanya, pemeriksaan lanjut di lokasi membawa kepada penemuan pelbagai jenis perisa peranti vape.

“Peranti vape itu dipercayai cuba diseludup dari Malaysia ke Thailand berikutan permintaan tinggi terhadap produk berkenaan di negara jiran.

“Vape atau rokok elektronik masih diharamkan di Thailand termasuk dari segi pemilikan, penggunaan, import, eksport dan penjualan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, kesemua rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Rantau Panjang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Katanya, pangkalan haram Pok Dik merupakan antara lokasi aktif bagi kegiatan penyeludupan di sektor Jeram Perdah.-UTUSAN

 



Source link

OR

Scroll to Top