Netizen Dakwa Hana Ismail Padam Gambar Bersama Da’i Syed 

Netizen Dakwa Hana Ismail Padam Gambar Bersama Da’i Syed 


Susulan kes membabitkan pendakwah selebriti, Da’i Syed, rata-rata netizen simpati dengan isterinya yang juga personaliti televisyen, Hana Ismail.

Menerusi hantaran di Threads, netizen turut simpati apatah lagi satu demi satu dakwaan dibuat oleh beberapa wanita di media sosial.

BACA: Jurusolek Dakwa Da’i Syed Ajak Check In Ketika Isteri Hamil Anak Kedua

Dalam satu hantaran seorang individu, Hana sepatutnya menolak lamaran Syed serta mendakwa ibu kepada dua cahaya mata itu sudah memadam atau archieve gambarnya bersama suami.

Jumaat lalu, Da’i Syed diperintah menjalani hukuman penjara serta-merta selepas Mahkamah Tinggi  Shah Alam mengekalkan sabitan terhadapnya atas kes merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.






Source link

OR

Scroll to Top