Op Hari Raya: 42 bas ekspres tidak selamat – JPJ

Op Hari Raya: 42 bas ekspres tidak selamat – JPJ


KUALA LUMPUR – Sebanyak 42 bas ekspres dilarang mengambil penumpang dan berada di atas jalan raya pada musim perayaan kali ini kerana pelbagai masalah teknikal yang boleh mengundang bahaya dan mengancam keselamatan penumpang.

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata, notis larangan itu dikeluarkan hasil pemeriksaan di 28 terminal bas ekpres yang beroperasi di seluruh negara.

“Dalam operasi sejak 1 hingga 8 April hari ini, kita telah melakukan pemeriksaan ke atas 3,799 buah bas ekpres di 54 depoh bas dan 28 terminal bas ekpres di seluruh negara.

“Hasilnya daripada pemeriksaan itu, sebanyak 77 bas ekpres telah diambil tindakan itu 47 saman atau notis JPJ telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya kesalahan tiada Lesen Memandu Kompiten (CDL), kesalahan tatalaku pemandu dan lain-lain kesalahan di bawah undang-undang yang diperuntukkan JPJ,” katanyaketika ditemui pemberita selepas melakukan pemantauan terhadap pengendali bas ekpres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Sungai Besi hari ini.

Lokman Jemaan beramah mesra bersama penumpang ketika Operasi Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Foto SYADILA AMARI, 08 APRIL 2024.

Lokman menambabh, JPJ turut menjalankan ujian saringan air kencing ke atas 244 pemandu bas ekpres secara rambang dan mendapati seramai enam pemandu bas ekspres disahkan mengambil dadah.

Enam pemandu positif bahan terlarang itu termasuklah seorang warga emas berusia 60 tahun ke atas dan JPJ juga akan menggantung lesen pemandu-pemandu berkenaan di bawah Seksyen 36 Akta 333 setelah pengesahan lanjutan diperoleh daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Keenam-enam pemandu bersalah itu masing-masing dua dari Kedah dan Sarawak, dan seorang di Perak dan Kelantan.

“JPJ akan memanggil syarikat pengendali bas berkenaan dan laporan siasatan lengkap akan dikemukakan kepada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tindakan di bawah Akta 715 kesalahan membenarkan pemandu-pemandu berkenaan,” ujarnya.

Lokman Jemaan melakukan memantauan ketika Operasi Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Foto SYADILA AMARI, 08 APRIL 2024.

Menurut, Lokman, JPJ juga melakukan 84 penyamaran secara rawak melibatkan pegawai penguatkuasanya dalam bas ekspres.

Hasil penyamaran itu membawa kepada tindakan ke atas 62 pemandu bas ekspres yang didapati melakukan pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai pemandu kedua semasa meneruskan perjalanan musim perayaan, kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan sikap tatalaku yang lain.

Dalam isu berkaitan, beliau turut menyeru kerjasama orang ramai khususnya penumpang agar menjadi mata dan telinga JPJ melaporkan segera pemandu bas ekpres yang dinaiki mereka melakukan sebarang kesalahan serius pada waktu ketiadaan penyamaran oleh pegawai JPJ dalam bas tersebut.

“Orang ramai boleh mengemukakan aduan salahlaku pemandu bas ekpres semasa perjalanan mereka menerusi aplikasi MyJPJ e-aduan dan emel JPJ. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top