June 18, 2024

PETRONAS tawar ganjaran sehingga RM 375,000 untuk ahli Mesra Rewards


Kuala Lumpur: PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) melancarkan kempen ‘Mesrakan Perjalananmu’ sebagai usaha yang berterusan untuk memberikan penghargaan kepada ahli Mesra Rewards  sempena Aidilfitri ini.

Kempen peraduan yang bermula dari 1 Mac sehingga 15 Mei  menawarkan ganjaran menarik sehingga RM375,000.

Seramai 10 pemenang utama berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM15,000, manakala 450 pemenang bulanan berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, minyak percuma selama setahun, baucar Setel bernilai RM250 serta 10,000 Mata Ganjaran Mesra.

Untuk mengambil bahagian dalam kempen ini, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM40 bagi mengisi bahan api atau berbelanja minimum RM10 untuk barangan di Kedai Mesra.

Selain itu, pelanggan layak sertai peraduan ini dengan berbelanja minimum RM10 di aplikasi Setel (Cafe Mesra, semua perkhidmatan di Setel kecuali minyak dan transaksi QR DuitNow) di seluruh stesen PETRONAS di Malaysia 

Hanya masukkan nombor telefon bimbit semasa membuat pembayaran pada Terminal Pembayaran Luar (OPT) di pam atau Sistem Paparan Cashier (CDS) di kaunter pembayaran Kedai Mesra atau menggunakan aplikasi Setel untuk layak mendapatkan penyertaan kempen.

Bagi pelanggan yang masih menggunakan kad fizikal Mesra, anda kini boleh memperoleh dan menebus mata Mesra dengan mudah di hujung jari hanya dengan hanya memasukkan nombor telefon bimbit di kaunter pam atau juruwang.

Menariknya, pelanggan juga akan mendapat keahlian Mesra Reward secara automatik, seterusnya layak menyertai peraduan ini. 

Sebagai tambahan, pelanggan digalakkan memuat turun aplikasi Setel untuk memastikan keahlian Mesra Rewards mereka diaktifkan melalui aplikasi Setel semasa membuat pembayaran.

Peraduan kempen ini berjalan dalam tempoh terhad bermula dari 1 Mac dan akan berakhir pada 15 Mei 2024.

#SinggahDulu PETRONAS dengan mengisi minyak PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive atau PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race demi pemanduan lebih lancar sambil menikmati semua ganjaran hebat semasa musim perayaan ini. 

Untuk maklumat lanjut serta syarat penyertaan kempen ‘Mesrakan Perjalananmu’, layari www.mymesra.com.my.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top