ParaPara Hotpot, Le Shrimp Noodle Bar terima Sijil Halal

ParaPara Hotpot, Le Shrimp Noodle Bar terima Sijil Halal



zhahirah@hmetro.com.my

ParaPara Hotpot dan Le Shrimp Noodle Bar di Suria KLCC, Kuala Lumpur menerima sijil Halal rasmi dan mengesahkan pematuhan mereka terhadap garis panduan diet Islam yang ketat.  

Pencapaian itu menandakan komitmen restoran berkenaan untuk memastikan operasinya mematuhi piawaian halal yang ditetapkan, sekali gus memberi kemudahan kepada lebih ramai pelanggan dari pelbagai latar belakang.  

Sijil Halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu membabitkan audit menyeluruh terhadap sumber bahan, prosedur dapur dan latihan staf restoran.  

Proses itu bertujuan memastikan bahawa setiap aspek operasi restoran menepati keperluan halal yang ketat.  

Ketua Pegawai Eksekutif ParaPara Hotpot dan Le Shrimp Noodle Bar, Elyna Tan berkata, ketelusan dan tanggungjawab adalah nilai utama pihaknya.

“Sijil Halal ini adalah bukti komitmen kami untuk memberikan pelanggan ketenangan fikiran ketika menikmati hidangan di sini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Meraikan Persijilan Halal restoran berkenaan, Jumaat lalu.

Hadir sama tetamu kehormat, Tengku Datuk Dr Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, Naib Presiden Kebangsaan SME Malaysia, Datuk Ada Poon dan Pengurus Besar Parapara Hotpot & Le Shrimp, Jerry Tan.

Penerimaan sijil Halal ini menjadi satu langkah penting bagi kedua-dua restoran berkenaan dalam memenuhi kehendak pelanggan yang menuntut kepastian mengenai status halal makanan yang mereka nikmati.

ParaPara Hotpot menawarkan pengalaman makan yang lebih dari sekadar hidangan biasa dengan memberi tumpuan kepada bahan-bahan segar dan kualiti dalam suasana yang selesa.  

Sementara itu, Le Shrimp Noodle Bar menggabungkan elemen-elemen masakan Jepun dan Cina dengan menu yang menampilkan kuah udang khas dan mi la mian.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top