Parti PKR akan terus diperkasa melalui Sekretariat Pejabat Presiden PKR – Manivanan

Parti PKR akan terus diperkasa melalui Sekretariat Pejabat Presiden PKR – Manivanan


KUALA LUMPUR – Sekretariat Pejabat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berperanan untuk memperkasakan dan memartabatkan parti itu selain menyelaras pergerakan dalam semua peringkat parti.

Menurut salah seorang sekretariatnya, Manivanan Gowin, amanah yang telah diberikan kepada beliau bersama empat lagi anggota lain bukanlah sesuatu yang mudah dan remeh.

Sebaliknya memerlukan komitmen tinggi bagi memastikan apa yang diharapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden dapat dipikul.

Kata Manivanan, ada banyak isu berbangkit, sekretariat perlu menjadi pemudah cara dan menyelesaikan apa jua perkara termasuklah merapatkan sebarang jurang hubungan pemimpin akar selain persediaan acara atau peristiwa besar yang bakal dihadapi parti.

“PKR akan menghadapi beberapa situasi di masa hadapan. Sebagai contoh, konvensyen, kongres, pemilihan, pilihan raya kecil, pilihan raya negeri dan lain lain. Ini semua memerlukan sekretariat bersedia membawa hala tuju parti ke arah lebih baik. 

“Kedua, mengeratkan lagi perhubungan peringkat cabang, Majlis Pimpinan Negeri dan peringkat lain dengan Pejabat Presiden. Yang ketiga, kita akan koordinat aktiviti di peringat cabang dan negeri supaya lebih tersusun,” katanya.

Manivanan yang juga Ahli Pimpinan Pusat PKR menambah, pihaknya juga akan memberi pandangan ke atas pergolakan dan isu politik semasa selain mencadangkan jalan penyelesaian yang boleh diambil untuk dipertimbangkan.

“Jika ada isu politik, kita juga boleh beri pandangan, kita juga telah ditugaskan menyelesaikan masalah dalam kalangan akar umbi, tidak kisah ada jua isu,” ujarnya.

Kelmarin, Anwar dalam catatan Facebook beliau memaklumkan lima Lima pemimpin kanan PKR telah dilantik sebagai anggota Sekretariat Pejabat Presiden yang baru ditubuhkan minggu ini.

Kata Anwar Sekretariat Pejabat Presiden PKR itu, dianggotai Datuk Romli Ishak sebagai Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden dan juga koordinator sekretariat.

Beliau berkata Onn Abu Bakar, Sim Tze Tzin, Manivanan dan Juwairiya Zulkifli, pula masing-masing dilantik sebagai Setiausaha Politik Pejabat Presiden.

Juwairiya juga dilantik sebagai setiausaha sekretariat itu. -MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top