Pelakon Jasmin Hamid meluahan rasa syukur pembedahan bariatrik akhirnya berjaya selesaikan masalah ‘fatty liver’ dialaminya dan impian mendapatkan badan langsing tercapai.
Menerusi perkongsian di Instagram, Jasmin berkata dia pernah berdepan kemurungan kerana fizikalnya dipersenda dan meskipun mencuba bermacam cara untuk kurus namun tidak berjaya.
BACA: Jasmin Hamid Diperlekeh Sebab Pakai Kereta Wira Lama
“Syukur alhamdulillah sebab saya dah tak gelembung lagi lepas buat Bariatric Surgeryyang di perkenalkan oleh Bff saya Zarina Zainuddin. Bila doktor check, saya dah ada fatty liver rupanya.
“Saya jadi murung masa badan saya gelembung sebab mulut jahat manusia yang hanya tahu komen dan kondem.
“Dah macam-macam cara saya nak kurus dan sihat tapi semua usaha saya hampa sebab metabolism saya makin rendah dan jalan terakhir adalah Bariatric Surgery,” tulisnya.
Menurut Jasmin lagi, dia melakukan pembedahan berkenaan selepas mendapat nasihat daripada doktor serta menjalani prosedur sama ada layak atau tidak melakukan bariatrik.
“Doktor tak akan buat pembedahan jika kesihatan pesakit tak mengizinkan walaupun kita banyak duit dan sanggup untuk bayar mahal,” katanya.






