Pempengaruh Tayang ‘Gaya Hidup Mewah’ Di Media Sosial! Aina Titip Nasihat Agar Hijabi Tak Mudah Tertipu! – Hijabista

Pempengaruh Tayang ‘Gaya Hidup Mewah’ Di Media Sosial! Aina Titip Nasihat Agar Hijabi Tak Mudah Tertipu! – Hijabista

Canang kemewahan di media sosial, pempengaruh beri perspektif berbeza pada orang ramai. Hafiz dan Aina antara pempengaruh yang mempunyai pengikut ramai sehingga kini mempunyai legasi yang masih utuh dan mempunyai strategi tersendiri.

Bercerita tentang kehidupan seorang influencer yang kerap menayang kemewahan, Aina berpendapat bahawa zaman sekarang pendekatan yang berbeza berbanding dengan cara dia sendiri sebagai pempengaruh di peringkat awal dahulu.

Gaya Hidup ‘Mewah’ Influencer, Tarik Perhatian Orang Luar?

“Mereka mungkin telah diberi latihan dan pendekatan untuk menunjukkan kemewahan yang dimiliki, malahan gaya hidup mereka juga penting untuk menarik perhatian orang di luar sana untuk mengikutinya, berbeza dengan pendekatan kami berdua dahulu,” ujarnya.

Manakala Hafiz mempunyai padangan yang berbeza, mereka ini terdiri dari dua golongan, bahawa influencer itu sendiri mungkin mempunyai kehidupan sebegitu dan kedua bergantung juga pada penerimaan orang sekeliling.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘It’s A Nightmare!’- Mahu Lupakan Kisah Disihir, Syafiqah Aina Mohon Maaf Pada Yang Kurang Senang

“Zaman sekarang tidak pernah lari dari kemewahan yang ditayangkan di media sosial, gaya hidup, travel, makan dan media sosial adalah salah satu platform yang mendidik generasi sekarang.

“Oleh itu kitalah yang berperanan mendidik masyarakat untuk lebih bijak menilainya,” tambahnya lagi.

Kekal Relevan Dalam Industri, Sebuah Proses Matangkan Diri

Hafiz antara lima calon top 5 Influencer Tergempak Anugerah Gempak Most Wanted 2022 akui dia juga melalui proses memantangkan diri sebagai seorang pempengaruh.

Begitu juga mereka generasi baharu, dalam proses untuk berada peringkat yang mereka ingini, pelbagai strategi pemasaran di lakukan mengikut kehendak semasa.

Walaubagaimanapun perubahan itu akan berlaku setelah mereka sedar untuk berada untuk terus relevan di dalam industri pasti memiliki kebijaksanaan.

Proses ini juga mengajar mereka menjalaninya dengan jaya walaupun perjalanan kematangan itu tidak semuanya yang indah-indah berlaka.

Hafiz dan Aina gemar berkongsi cerita realiti sebenar kehidupan mereka, tidak pula ingin mereka di luar sana untuk mengikutinya seratus peratus.

Tidak terlepas dari kencaman pasangan ini tidak pernah melatah malah anggap itu satu pengajaran dan lebih berhati-hati dalam sesebuah perkongsian di media sosial

Setelah berjaya menempa nama menggunakan sistem ejen dan stokis yang telus dan bersih, AINAA Beauty telah berjaya melahirkan lebih dari 3,000 orang usahawan dan kini mempunyai empayar perniagaan yang stabil dan berwawasan.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Sumber: Instagram Syafiqah Aina

ARTIKEL BERKAITAN: Hargai Staf, Insafamous Syafiqah Aina Borong Handbag Berjenama Khas Buat Semua Stafnya

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI


OR

Scroll to Top