May 21, 2024

Pemuda Pas Perlis kecam tajuk laporan portal berita MB Perlis ditahan SPRM


KANGAR: Pemuda Pas Perlis mengecam tindakan sebuah portal berita yang memaparkan tajuk mengelirukan berhubung siasatan terhadap Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketuanya, Haziq Asyraf Dun berkata, tindakan berbaur kontrovesi itu secara jelas menunjukkan portal berita berkenaan tidak beretika dan cuba mewujudkan persepsi buruk kepada Mohd Shukri dalam kalangan pembaca.

Beliau berkata, pihaknya berharap dakwaan kes salah guna kuasa membabitkan Mohd Shukri tidak sengaja dimainkan pihak tertentu menjelang bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu tidak lama lagi.

“Hal ini kerana, usaha membanteras rasuah seharusnya dijalankan secara adil dan tidak memilih bulu, bukannya tertumpu kepada pihak pembangkang sahaja,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Mohd. Shukri dipanggil memberi keterangan kepada SPRM pagi tadi berhubung dakwaan kes salah guna kuasa.

Mohd. Shukri dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas selesai diambil keterangan hampir lapan jam sejak pagi ini.

Minggu lalu, media melaporkan mengenai penahanan reman anak kepada Menteri Besar Perlis bersama seorang pegawai kanan kerajaan negeri dan empat individu lain bagi membantu siasatan berhubung kes berhubung kes pemalsuan dokumen tuntutan palsu.

Kesemua mereka bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tiga hari ditahan reman.

Dalam pada itu, Haziq berkata, Pemuda Pas Perlis menyeru agar semua ahli parti itu terutama barisan pemuda untuk terus memanjatkan doa dan bermunajat agar dipelihara daripada gangguan-gangguan musuh terutamanya di negeri ini.

“Pemuda Pas Perlis menzahirkan rasa syukur kerana Menter Besar merangkap Pesuruhjaya Pas Negeri dibenarkan pulang oleh pihak SPRM setelah diambil keterangan,” katanya.-UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top