June 18, 2024

Penubuhan cawangan DAP Melayu tak beri kesan kepada PN – Khairul Azhari


KUALA KUBU BAHARU – Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut tidak gentar dengan langkah DAP menubuhkan cawangan DAP Melayu baharu yang ketiga bagi Parlimen Hulu Selangor semalam.

Jelasnya, penubuhan cawangan Melayu itu tidak membabitkan para pengundi di Kuala Kubu Baharu.

“Pada saya, berkenaan DAP cawangan itu tidak membabitkan pengundi di DUN KKB,  pada saya ia tidak memberi kesan sangat untuk PRK KKB semalam cawangan DUN Batang Kali.

“Tiada ada kesan sangat untuk Kuala Kubu Baharu,” katanya ketika ditemui media dalam siri walkabout di sini pagi tadi.

Semalam, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, penubuhan cawangan yang ditunjangi Melayu itu bukan gimik politik semata-mata untuk menghangatkan suasana Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Sebaliknya, Teresa menegaskan, persiapan mewujudkan cawangan baharu, DAP Melayu cawangan Jalan Kemboja itu sudah dimulakan setahun lalu dan ia bertambah rancak ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Ketika penubuhan itu, seramai 50 belia berusia 21 hingga 30 tahun menyerahkan borang keahlian DAP bagi cawangan baharu yang diterima Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu.

Turut hadir Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman dan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top