July 27, 2024

Penunggang maut, pembonceng separa kritikal motosikal langgar kereta

Penunggang maut, pembonceng separa kritikal motosikal langgar kereta



am@hmetro.com.my

Nilai: Penunggang motosikal maut manakala pemandu kereta separa kritikal apabila kenderaan dinaiki masing-masing terbabit kemalangan dekat Jalan Persiaran Ilmu, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, nahas kira-kira jam 5 petang itu menyebabkan penunggang motosikal parah pada kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Satu kemalangan maut berlaku di Jalan Persiaran Ilmu, berhadapan Fakulti Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan motosikal jenis Honda.

“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, ketika kejadian pemandu kereta dipandu seorang wanita berusia 31 tahun dalam perjalanan dari Jalan NSV 1 menghala ke sebuah pusat beli belah di sini,” katanya, hari ini.

Katanya, apabila tiba di lokasi kemalangan, pemandu kereta dikatakan keluar simpang untuk membelok ke kanan sebelum tiba-tiba datang motosikal dari arah simpang kanan dan melanggar kereta.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal, seorang lelaki berusia 26 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu kereta dihantar dan menerima rawatan di Zon Kuning Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban,” katanya.

Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor B Sharveen Raj di talian 011-2617 6424 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top