Perlekeh ‘tin Milo’ PAS, rupanya mereka mewah sakau duit zakat-Fadhli Shaari

Perlekeh ‘tin Milo’ PAS, rupanya mereka mewah sakau duit zakat-Fadhli Shaari


Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyindir pihak tertentu yang gemar memperlekehkan lawan politik dengan label ‘tin milo’, namun mendakwa golongan sama sebenarnya terpalit dengan isu lebih besar membabitkan integriti dan pengurusan dana awam.

Menurut beliau, sindiran yang sering digunakan untuk menggambarkan kehidupan sederhana pihak lawan tidak mencerminkan realiti sebenar yang berlaku di sebalik tabir, malah didakwa bertentangan dengan isu serius yang sedang disiasat pihak berkuasa.

“Mereka perlekehkan lawan dengan kononnya sentiasa buka ‘tin milo’, rupanya mereka mewah dengan sakau duit zakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Pasir Mas ituFadhli Shaari tidak memperincikan pihak tertentu yang diselar beliau.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menahan tiga individu termasuk seorang pemimpin kanan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta antara 2018 hingga 2024.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai memindahkan dana tersebut ke akaun syarikat bagi tujuan pelaburan dan kegunaan peribadi.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM turut menyita pelbagai aset mewah termasuk 18 kenderaan seperti Porsche dan Mercedes, selain rumah dan hartanah bernilai kira-kira RM11 juta serta barangan berharga lain seperti wang tunai dan jam tangan mewah.

Sebanyak 33 akaun bank dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM120 juta turut dibekukan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) sebelum ini dilaporkan memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM selepas beberapa ahlinya ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) pula menegaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes yang sedang disiasat itu.





Source link

OR

Scroll to Top