Pertama Kali Raya Tanpa Anak Sulung, Nora Danish Akui Bukan Sesuatu Yang Mudah

Pertama Kali Raya Tanpa Anak Sulung, Nora Danish Akui Bukan Sesuatu Yang Mudah


Pelakon jelita, Nora Danish memaklumkan Aidilfitri tahun ini akan disambut dalam suasana yang berbeza apabila bakal berjauhan dengan anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Nora atau nama lengkapnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 44, berkata ini merupakan kali pertama mereka tidak dapat meraikan Hari Raya bersama, sekali gus menjadikan momen tersebut cukup mencabar buat dirinya sebagai seorang ibu.

“Buat anak sulung mama, Putra Rayqal Ramli, ini adalah kali pertama Rayqal menyambut Hari Raya tanpa mama… dan pastinya bukan sesuatu yang mudah.”

Walaupun berjauhan, Nora tetap menzahirkan kasih sayang mendalam terhadap anaknya itu.

“Walau di mana pun Rayqal berada, ketahuilah mama sentiasa membawa Rayqal di dalam hati. Mama sayang Rayqal,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top