July 27, 2024

Piala Belia: Pemain muda bertumbuk, tendangan curi antara pemain

Piala Belia: Pemain muda bertumbuk, tendangan curi antara pemain


KUALA LUMPUR – Kejohanan Piala Belia 2024 bermula dengan kontroversi apabila perlawanan antara Melaka FC dan Sri Pahang FC di Stadium Hang Tuah, Melaka semalam melibatkan pergaduhan antara pemain.

Berdasarkan satu klip yang kini tular di media sosial, kelihatan hampir kesemua pemain termasuk yang berada di bangku simpanan terlibat dalam insiden yang bermula dengan tolak-menolak sebelum melarat kepada tumbukan serta tendangan.

Kekecohan difahamkan berlaku apabila pemain pasukan pelawat, Adam Syaqir Barzu dilayangkan kad merah selepas didapati menendang pemain lawan meskipun dia hanya berada di bangku simpanan ketika aksi sedang berlangsung.

Tindakan tidak matang itu kemudiannya mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemain yang mahu tahap profesionalisme lebih baik dipamerkan pemain dalam setiap lapisan umur.

Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan buat skuad muda Tok Gajah dengan keputusan 2-1 yang meletakkan mereka di kedudukan keenam sementara Melaka FA di tangga tercorot Kumpulan A Piala Belia 2024.

Piala Belia diadakan untuk pemain Bawah 18 Tahun (B-18) di setiap kelab untuk diberikan minit permainan yang penting demi menambah baik bakat tersendiri. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top