Piala Thomas: Malaysia tempah slot suku akhir, benam Algeria 5-0

Piala Thomas: Malaysia tempah slot suku akhir, benam Algeria 5-0


MALAYSIA seperti dijangka menempah slot ke suku akhir Piala Thomas 2024 selepas dengan mudah mengatasi Algeria 5-0 dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan D di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech di sini pada Ahad.

Bagi perlawanan hari ini, kem negara melakukan beberapa perubahan termasuk menurunkan pemain perseorangan profesional, Cheam June Wei dan gandingan meningkat, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri menentang pasukan kerdil dari benua Afrika itu.

Aksi Nur Izzuddin (kanan) dan Wooi Yik (kiri) ketika menentang beregu Algeria, Youcef Sabri Medel dan Koceila Mammeri. Foto Bernama

Aksi Nur Izzuddin (kanan) dan Wooi Yik (kiri) ketika menentang beregu Algeria, Youcef Sabri Medel dan Koceila Mammeri. Foto Bernama

Bagaimanapun, percaturan pemain tidak mmengundang sebarang masalah dengan kemenangan mudah.

Pemain perseorangan utama, Lee Zii Jia hanya memerlukan 26 minit untuk memperoleh mata pertama negara selepas menewaskan Adel Hamek 21-8, 21-6 sebelum perseorangan kedua, June Wei turut mudah mengatasi Youcef Sabri Medel 21-9, 21-14 dalam masa 21 minit.

Zii Jia berkata, aksi itu dianggap sebagai pemanas badan menjelang pertemuan terakhir kumpulan menentang juara 2016 Denmark, Rabu ini untuk menentukan juara kumpulan.

“Memandangkan esok adalah hari rehat, saya minta supaya diturunkan dalam perlawanan hari ini supaya ia boleh dijadikan sebagai persediaan ketika berdepan Denmark,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Aksi Hon Jian (kiri) dan Muhammad Haikal (kanan) ketika menentang beregu Algeria, Sifeddine Larbaoui dan Mohamed Abdelaziz Ouchefoun. Foto Bernama

Aksi Hon Jian (kiri) dan Muhammad Haikal (kanan) ketika menentang beregu Algeria, Sifeddine Larbaoui dan Mohamed Abdelaziz Ouchefoun. Foto Bernama

Momentum skuad negara diteruskan apabila beregu Choon Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri hanya memerlulkan masa 17 minit untuk menyumbang mata ketiga negara dengan menyingkirkan gandingan Sifeddine Larbaoui-Mohamed Abdelaziz Ouchfoun 21-8, 21-3.

Perseorangan ketiga negara, Justin Hoh menghadiahkan mata keempat pasukan selepas menewaskan Mohamed Abderrahim Belarbi, 21-10, 21-14 manakala Nur Izzuddin-Wooi Yik memerlukan masa 25 minit untuk memuktamadkan kemenangan 5-0 dengan mengatasi Koceila Mammeri-Youcef Sabri 21-13, 21-9.

Wooi Yik berkata, beliau gembira untuk memimpin pasukan negara ke pusingan lapan terakhir manakala Nur Izzuddin benar-benar seronok untuk kembali berganding semula dengan Wooi Yik selepas kali terakhir pada edisi 2020.

Semalam, Malaysia membuka tirai saingan kumpulan dengan kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong manakala Denmark turut mengatasi Algeria dengan keputusan sama.

Hari ini Denmark menewaskan Hong Kong 5-0. – Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top