“Podcast Ini Dirakam Sebelum Kes Mia Meledak” – Pak Nil 

“Podcast Ini Dirakam Sebelum Kes Mia Meledak” – Pak Nil 


Pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi tampil menjelaskan mengenai klip podcast yang dikenalikannya memaparkan pelakon Mia Sara sebagai tetamu.

Menerusi hantaran di Threads, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil berkata rakaman podcast itu dibuat sebelum kontroversi membabitkan pelakon itu.

BACA: “Saya Jadi Panik” – Mia Sara Akui Silap Tulis Komen

“Podcast ini dirakam selepas Mia Sara membuat kenyataan sedih diberi watak kanak-kanak sahaja. Podcast ini jemput Mia untuk ‘follow up’ kenyataan itu dan ia dirakam sebelum kes beliau dan Aqish meledak.

“Maaf Pak Nil tutup komen dan tujuan posting ini untuk jemput korang subscribe podcast Kita Kita Aje di YouTube dan tonton bual bicara ini bermula Khamis, 29 Januari, pukul 8 malam,” tulisnya.

Dalam klip tersebut, Mia tampil membuka mulut serta mengakui kekhilafan masa lalu sehingga mengundang salah faham terhadap aktres Puteri Balqis.

Menurut Mia lagi, dia panik susulan kesilapannya itu serta mahu membuat permohonan maaf secara terbuka namun bapanya ketika itu memintanya untuk bertenang kerana bimbang apa saja diperkatakan akan diputar belit.






Source link

OR

Scroll to Top