Los Angeles: Sepanyol melakukan dua pertukaran dalam kesebelasan utama menjelang aksi pusingan 32 Piala Dunia menentang Austria sebentar lagi dengan Pedro Porro dan Dani Olmo kembali disenaraikan dalam skuad kendalian Luis de la Fuente.
Porro diturunkan di posisi bek kanan, menggantikan Marcos Llorente yang memulakan perlawanan dari bangku simpanan, manakala Olmo kembali mengisi posisi tengah menyerang selepas Mikel Merino digugurkan daripada kesebelasan utama.
Dalam barisan serangan, Lamine Yamal terus diberi kepercayaan bersama Alex Baena dan Mikel Oyarzabal, namun Nico Williams masih belum pulih daripada kecederaan kaki dan tidak tersenarai dalam kesebelasan utama.
Austria turut melakukan tiga pertukaran dengan Kevin Danso, Paul Wanner dan Michael Gregoritsch kembali ke dalam kesebelasan utama, menggantikan Phillip Mwene, Philipp Lienhart dan Marko Arnautovic yang memulakan perlawanan di bangku simpanan.
IKesebelasan utama:
Sepanyol
Unai Simon, Pedro Porro, Aymeric Laporte, Pau Cubarsi, Marc Cucurella, Rodri, Dani Olmo, Pedri, Alex Baena, Lamine Yamal, Mikel Oyarzabal
Austria
Alexander Schlager, Stefan Posch, David Alaba, Kevin Danso, Xaver Schlager, Nicolas Seiwald, Marcel Sabitzer, Romano Schmid, Konrad Laimer, Paul Wanner, Michael Gregoritsch
© New Straits Times Press (M) Bhd






