PRN Johor: PM Anwar rayu rakyat beri mandat kepada calon PH

PRN Johor: PM Anwar rayu rakyat beri mandat kepada calon PH

PRN Johor: PM Anwar rayu rakyat beri mandat kepada calon PH


Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu rakyat Johor supaya memberikan mandat kepada calon-calon gabungan itu bagi memimpin negeri berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Menerusi hantaran di Facebook pada Ahad, Perdana Menteri berkata, beliau berharap rakyat memberi kepercayaan kepada calon PH untuk menerajui pentadbiran negeri.

“Saya merayu dengan penuh rendah hati agar saudara-saudari memberikan mandat kepada calon-calon HARAPAN untuk memimpin negeri Johor bagi tempoh lima tahun akan datang,” tulisnya.

Foto arkib: Anwar Ibrahim

Anwar berkata, sekiranya diberikan amanah, calon-calon PH akan melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan sebaiknya.

“Insya-Allah, amanah ini akan dipikul dengan penuh tanggungjawab dan tidak akan sesekali disia-siakan,” katanya.

Dalam hantaran sama, beliau turut memetik firman Allah SWT daripada Surah An-Nisa ayat 58 yang menekankan kepentingan menunaikan amanah dan berlaku adil.

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil,” tulisnya lagi.

Anwar turut mengakhiri hantaran itu dengan slogan kempen, “Johor Ke Depan. Undi HARAPAN.”

Terdahulu, beliau mengumumkan 56 calon menampilkan gabungan muka baharu dan pemimpin berpengalaman daripada parti komponen PH, iaitu PKR, DAP dan Amanah di Padang Bukit Gambir Extreme Park, Gambir pada 22 Jun lalu.

Foto arkib: Anwar Ibrahim

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim





Source link

OR

Scroll to Top