PU Syed Saran DSV, Fazley Yaakob Segera Nikah

PU Syed Saran DSV, Fazley Yaakob Segera Nikah

PU Syed Saran DSV, Fazley Yaakob Segera Nikah


Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberi teguran kepada usahawan Datuk Seri Vida dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob berkenaan video mesra mereka yang tular.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, PU Syed menyarankan agar Vida dan Fazley untuk bernikah segera jika mereka serius.

BACA: “Pertama Kali Luahkan, Vida Sangat Terkejut” – Fazley, DSV Sah Bercinta

“Saya nasihatkan kepada DSV dan Fazley sebaik-baiknya kalian nikahlah cepat. Saya sangat suka perkara baik ni, yang tak suka perkara baik ni hanya syaitan je.

“Bila dah bernikah, nak buat apa pun silakan. Cumanya janganlah kita viralkan sebab zaman sekarangni bukan semua orang suka tengok kita, ada yang rasa dengki dan sebagainya,” katanya.

Menurut PU Syed, dia menerima mesej daripada netizen yang meluahkan rasa kurang senang melihat aksi mersra mereka apatah lagi bukan suami isteri.

“Kita tak tahu status hubungan merkea, sama ada sudah menjadi suami isteri atau belum. Tapi setakat yang dimaklumkan, mereka masih belum bernikah. Kalau dilihat dalam video dikongsikan, banyak memaparkan kemesraan seolah seperti pasangan suami isteri,” katanya.

Sementara itu, PU Syed turut mengingatkan untuk menjaga batas pergualan agar tidak menjadi contoh yang tidak baik kepada masyarakat.

“Soalnya adakah sudah menjadi trend pasangan bercinta duduk bermesra walaupun dihadapan kamera untuk tontonan ramai. Perbuatan itu sepatutnya dielakkan demi menjaga tatasusila dan adab, lebih-lebih lagi sebagai seorang Muslim. Dimana selagi mana kita tidak diikat dengan perkahwinan yang sah, jaga adab,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top