May 20, 2024

Rasuah: SPRM Kelantan tahan tiga pegawai kanan agensi kerajaan


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan tiga pegawai kanan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki terlibat meminta dan menerima wang rasuah bagi pelbagai projek termasuk projek pembekalan di negeri ini.

Sumber berkata, ketiga-tiga lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dipercayai ditahan kira-kira jam 7.30 malam tadi ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan.

“Suspek dipercayai terlibat meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa individu atau syarikat yang mana jumlah rasuah masih dalam siasatan SPRM,” katanya.

Sumber berkata, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu esok pagi bagi tujuan permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top