Pasangan pelakon Redza Rosli dan Bella Hanna berkongsi berita gembira apabila mereka selamat menyambut kelahiran anak sulung pada 13 Januari lalu.
Menerusi hantaran di Instagram, pasangan itu turut menamakan cahaya mata sulung mereka dengan nama, Muhammad Aydrean Raess.
“Masyaa-Allah, from countless prayers to tiny little cries our arms. Alhamdulillah, our greatest blessing is finally in. Muhammad Aydrean Raess. 13 Januari 2026.
“Kasih sayang yang kami tidak tahu akan kewujudannya sehingga Allah hadirkan kamu dalam dakapan kami.
“Setiap doa ditujukan buat kamu, setiap penantian adalah berbaloi. Kami sayang kamu sangat,” katanya.
Sekadar info, pada November lalu, pasangan tersebut mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki dalam sebuah majlis ‘Gender Reveal’ yang diadakan secara tertutup.
Redza dan Bella telah mendirikan rumah pada 21 Jun 2024.






