July 27, 2024

Rita Rudaini tegur bekas isteri Safee Sali -“Sekarang awak disondol balik”

Kuala Lumpur: Pelakon Rita Rudaini tegur bekas isteri Safee Sali, Fitria Elfina dengan melabelkan wanita itu perampas dan apa yang dirasainya kini merupakan kifarah.

Ini kerana Fitria pernah meruntuhkan rumah tangga bekas pemain bola sepak kebangsaan itu sebelum mereka berkahwin.

Rita Rudaini tegur Fitria!
Menerusi hantaran di Instagram Story, Rita Rudaini Mokhtar berkongsi tangkap layar video temu bual Fitria bersama Mingguan Wanita, baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Fitria berkata dia tidak kisah seandainya orang ramai label dia seorang penyondol (perampas) dalam rumah tangga Safee Sali terdahulu.Ujar Fitria, hanya dia dan Safee sahaja mengetahui kerana pada ketika itu di mana atlet itu sudah mengalami masalah rumah tangga dengan bekas isteri pertama, Sabarina Yusof.

@mingguanwanita
Ramai Kata Saya Perampas Tapi – Sasha Fitria Elfina *Nantikan video penuh di YT & FB Mingguan Wanita pada 26 Mac 2024 jam 4.20pm

Bagaimanapun, aktres kelahiran Perlis berkata dia tahu akan cerita sebenar tentang kes Fitria dahulu dan menganggap apa yang berlaku kepadanya adalah situasi sama yang pernah dilalui Sabarina sebelum ini.

OR

Scroll to Top