July 15, 2024

RUU Mufti perlu kajian mendalam- Hadi

RUU Mufti perlu kajian mendalam- Hadi


KUALA LUMPUR- Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta supaya Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 dilakukan kajian mendalam.

Katanya, kajian itu sangat penting kerana terdapat pelbagai jenis mazhab di dalam Islam.

Jelas beliau, imam-imam yang juga pengasas empat mazhab fiqah terbesar dalam Islam tidak membenarkan mazhab masing-masing diisytiharkan sebagai mazhab negara.

Sebaliknya menurut beliau, imam-imam berkenaan antaranya Imam Malik, Hanafi dan Syafie menyuruh Islam sahaja diisytiharkan sebagai mazhab negara.

RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini, antara lain untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan mufti, penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin syarak serta perkara yang berkaitan.- MalaysiaGazette

 

 



Source link

OR

Scroll to Top