July 19, 2024

“Umi, Terima Kasih Menjadi Inspirasi & Sentiasa Ada Di Sisi” Ucapan Bermakna SHARIFAH ROSE Buat Ramai Tersentuh – Hijabista

“Umi, Terima Kasih Menjadi Inspirasi & Sentiasa Ada Di Sisi” Ucapan Bermakna SHARIFAH ROSE Buat Ramai Tersentuh – Hijabista

Model, usahawan serta pelakon cantik Sharifah Rose menitipkan ucapan bermakna sempena ulangtahun kelahiran ibunya, Noraini Dahlan di mana dia berterima kasih kepada ibunya itu kerana menjadi inspirasi dan sentiasa ada di sisi.

“Umi, Terima Kasih Menjadi Inspirasi & Sentiasa Ada Di Sisi” Ucapan Bermakna SHARIFAH ROSE Buat Ramai Tersentuh
Kredit Foto: sharifahrose_

Ucapan itu dikongsi menerusi satu hantaran di Instagram peribadinya baru-baru ini.

Hantaran tersebut memaparkan Sharifah Rose bersama ibu, bapa serta adik lelakinya sedang meraikan momen itu secara private di sebuah restoran.

Mereka sekeluarga kelihatan sangat ceria dan bahagia apabila menyarungkan pakaian sedondon berwarna putih dengan sentuhan warna coklat lembut.

“Umi, Terima Kasih Menjadi Inspirasi & Sentiasa Ada Di Sisi” Ucapan Bermakna SHARIFAH ROSE Buat Ramai Tersentuh“Umi, Terima Kasih Menjadi Inspirasi & Sentiasa Ada Di Sisi” Ucapan Bermakna SHARIFAH ROSE Buat Ramai Tersentuh

Selain teruja melihat kebahagiaan dan keakraban keluarga ini, rata-rata para pengikut dan peminat Sharifah Rose terpegun melihat kecantikan ibu Sharifah Rose.

Maka, tak hairanlah Sharifah Rose yang berusia 26 tahun ini memiliki kecantikannya yang tersendiri.

“Umi, Terima Kasih Menjadi Inspirasi & Sentiasa Ada Di Sisi” Ucapan Bermakna SHARIFAH ROSE Buat Ramai Tersentuh“Umi, Terima Kasih Menjadi Inspirasi & Sentiasa Ada Di Sisi” Ucapan Bermakna SHARIFAH ROSE Buat Ramai Tersentuh
Kredit Foto: sharifahrose_

Memetik perkongsian Sharifah Rose di ruangan kapsyen bersempena ulangtahun kelahiran ibunya baru-baru ini: –

“Umi, thank you for your love along my journey, for standing by my side, an ever present guide for every moment and every day. Thank you for being such an inspiration woman you are. I love you, happy birthday umi,” tulis Sharifah Rose di ruangan kapsyen.

“Umi, Terima Kasih Menjadi Inspirasi & Sentiasa Ada Di Sisi” Ucapan Bermakna SHARIFAH ROSE Buat Ramai Tersentuh“Umi, Terima Kasih Menjadi Inspirasi & Sentiasa Ada Di Sisi” Ucapan Bermakna SHARIFAH ROSE Buat Ramai Tersentuh
Kredit Foto: sharifahrose_

Di ruangan komen, rata-rata menitipkan ucapan hari lahir sambil menyifatkan ibu Sharifah Rose sebagai seorang wanita yang cantik.

Sharifah Rose atau nama penuhnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira merupakan anak sulung daripada dua beradik. Ibunya berketurunan Melayu-Jawa manakala bapanya pula berketurunan Melayu-Arab.

“Umi, Terima Kasih Menjadi Inspirasi & Sentiasa Ada Di Sisi” Ucapan Bermakna SHARIFAH ROSE Buat Ramai Tersentuh“Umi, Terima Kasih Menjadi Inspirasi & Sentiasa Ada Di Sisi” Ucapan Bermakna SHARIFAH ROSE Buat Ramai Tersentuh
Kredit Foto: sharifahrose_

Sharifah Rose memulakan kerjaya awalnya sebagai model dan personaliti media sosial.

Graduan Ijazah Perniagaan dan Asasi Undang-Undang ini juga pernah tampil dalam muzik video pertamanya untuk lagu ‘Vroom Vroom’ nyanyian Nabila Razali.

Antara drama yang telah menaikkan nama Sharifah Rose ialah Kekasih Hati Mr Bodyguard dan Dua Darjat.

Sharifah Rose juga pernah menjadi peserta dalam rancangan realiti Master in The House Malaysia pada 2022.

BACA JUGA: “Natural Beauty!” Warisi Kecantikan Ibu, Wajah Tanpa Solekan SHARIFAH ROSE Buat Ramai Terpegun

OR

Scroll to Top