September 8, 2024

Salah faham poster, Program Permohonan Kewarganegaraan ditangguhkan

Salah faham poster, Program Permohonan Kewarganegaraan ditangguhkan


KUALA LUMPUR – Selepas penafian yang dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ahli Dewan Undangan DAP di Stulang, Johor, Andrew Chen Kah Eng menangguhkan Program Taklimat dan Penerangan Kewarganegaraan yang dijadualkan pada 30 Jun ini.

Dalam kenyataan melalui Facebook, beliau berkata, taklimat yang dirancang olehnya berkaitan isu tidak memiliki status kewarganegaraan atau sijil kelahiran akibat kecuaian ibubapa dan sebab-sebab lain.

Sebagai contoh, bapa warga Malaysia dan dari Indonesia serta perkahwinan tidak sah taraf dan tidak didaftarkan di Malaysia.

“Anak yang lahir tidak mempunyai sijil kelahiran, ibu tidak dapat dikesan. Akibatnya anak tidak dapat bersekolah, sukar mencari pekerjaan tetap yang dibayar gaji setimpal, tidak layak memiliki kenderaan juga lesen memandu seterusnya terlibat dalam kes jenayah/ masalah sosial,” katanya.

Jelasnya, dalam taklimat tersebut akan disediakan senarai dokumen yang diperlukan bagi setiap kes, penerangan untuk merujuk kepada jabatan yang terlibat yang perlu dikunjungi, dan sebagainya.

Program Permohonan Kewarganegaraan bukan anjuran JPN

Tambahnya, setiap kes akan diminta untuk merujuk kepada jabatan berkaitan dan diproses mengikut kesesuaian jabatan tersebut.

Kah Eng mengharapkan tiada pihak menimbulkan sebarang spekulasi berikutan salah faham yang telah timbul dari tajuk poster yang dibuat sebelum ini.

Tajuk poster yang tular awal bertajuk Program Permohonan Kewarganegaraan tetapi dalam poster penangguhkan tertera Program Taklimat dan Penerangan Kewarganegaraan.

Poster awal yang tular di Facebook tentang program itu menimbulkan persoalan dalam kalangan warga maya.

Susulan itu, JPN telah mengeluarkan kenyataan yang menafikan terlibat secara bersama dalam penganjuran program berkenaan.- MalaysiaGazette

DAP, apa tujuan Program Permohonan Kewarganegaraan? – Dr Akmal

 



Source link

OR

Scroll to Top