Sambutan Jubli Perak: Istana Arau sambut tetamu Diraja malam ini

Sambutan Jubli Perak: Istana Arau sambut tetamu Diraja malam ini


ARAU: Istana Arau sudah bersedia menyambut tetamu Diraja pada majlis santapan Diraja bersempena sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail malam ini.

Baginda turut berkenan berangkat meninjau persiapan akhir menjelang majlis tersebut semalam yang merupakan acara kemuncak sambutan Jubli Perak.

Turut mengiringi baginda, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama anakanda-anakanda baginda berdua iaitu Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Sepanjang lawatan itu, baginda berkenan menyaksikan raptai penuh bagi memastikan kelancaran majlis yang bakal berlangsung itu.

Turut sama, Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rahimi Ismail.

Tuanku Syed Sirajuddin turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan persiapan bagi majlis bersejarah itu.-UTUSAN

 





Source link

OR

Scroll to Top