Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah berkata kali pertama suaminya melafazkan talak adalah pada 2017 ketika itu dia sedang hamil anak sulung.
Memetik HibGlam, Afifah berkata tiada pergaduhan besar berlaku antaranya dan suami namun terkejut apabil Nubhan melafazkan cerai pada 26 Ogos lalu selepas mereka pulang dari keluar makan.
BACA: Dr. Afifah Tak Tahu Nubhan Ada Rumah Di Dengkil
“Saya diceraikan kali pertama ketika hamil anak sulung. Pada malam itu dia datang ambil di rumah. Makan malam dan berbual macam biasa tetapi kemudian dalam perjalanan balik rumah suami lafazkan cerai.
“Saya terkejut dan tak sangka akan berlaku lagi perceraian. Saya tak tahu kenapa, mungkin wujud salah faham,” katanya.
Terdahulu, Nubhan memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai pada 2 September lalu selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. Afifah juga mengakui tidak lagi sembumbung dengan suaminya.
Sumber: HibGlam