“Sekarang Nak Cari Wife Yang Pandai Potong Bawang & Lipat Baju Pun Susah”- Fazley Yaakob

“Sekarang Nak Cari Wife Yang Pandai Potong Bawang & Lipat Baju Pun Susah”- Fazley Yaakob


Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, menyorot perhatian warganet apabila berkongsi pandangannya mengenai perubahan nilai dan realiti dalam institusi perkahwinan masa kini.

Menerusi perkongsian di media sosial, Fazley membandingkan nasihat orang tua terdahulu dengan situasi generasi hari ini yang menurutnya semakin berbeza.

“Dulu parents mesti cakap “cari wife yang boleh masak dan kemas rumah” sekarang nak cari wife yang boleh potong bawang dan suka lipat baju pun susah,” kongsinya.

Tidak hanya menumpukan kepada peranan wanita, Fazley turut menyentuh sikap segelintir lelaki masa kini yang disifatkan semakin jauh daripada nilai menjaga maruah keluarga.

“Parents pun suka pesan “Cari lelaki yang pandai jaga maruah keluarga” sekarang ramai je lelaki yang suka update status tak puas hati dengan bini kat IG story dan whatsapp status. Abis camno?,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Malah, ramai yang bersetuju dengan kenyataan tersebut apabila media sosial kini menjadi ruang meluahkan masalah rumah tangga tanpa memikirkan kesan jangka panjang.



Source link

OR

Scroll to Top