Tular riba kenalan, pemandu bas dan wanita beri keterangan di IPD Jasin

Tular riba kenalan, pemandu bas dan wanita beri keterangan di IPD Jasin


am@hmetro.com.my

Jasin: Pemandu bas ekspres yang dikaitkan dalam insiden meriba seorang wanita ketika memandu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin bagi memberi keterangan tadi.

Lelaki berusia 36 tahun itu dilihat tiba di pekarangan IPD Jasin kira-kira jam 4.30 petang bersama teman wanitanya dengan menaiki kereta Proton Persona yang dipandu individu lain dipercayai ahli keluarga.

Kehadiran mereka berdua yang sedondon memakai pelitup muka berwarna biru dipercayai bagi membantu siasatan berhubung insiden tular yang mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap aspek keselamatan penumpang.

Semalam, Harian Metro melaporkan ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert, berkata pihaknya sudah menghubungi kedua-dua individu terbabit, termasuk wanita berkenaan dan mereka memberi jaminan untuk hadir ke IPD.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top