July 27, 2024

Sindiket dan penipuan ancaman terbesar permohonan kredit bank- CTOS IDGuard

Sindiket dan penipuan ancaman terbesar permohonan kredit bank- CTOS IDGuard


KUALA LUMPUR – Sebanyak 44 peratus permohonan kredit disyaki daripada bank ahli mempunyai kaitan dengan sindiket dan penipuan.

Biro fraud negara, CTOS IDGuard yang mendedahkan perkara itu berkata, data  itu diperoleh daripada 9.44 juta permohonan sejak 45 bulan lalu dengan jumlah keseluruhan RM519 juta.

“Ini adalah peningkatan sebanyak 62 peratus berbanding RM319 juta daripada hasil 36 bulan yang diterbitkan sembilan bulan lepas.

“Jenis dan sebab penipuan lain yang turut dikenalpasti adalah melibatkan penipuan pendapatan dengan 22.89 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Ia diikuti butiran palsu nombor kediaman (10.40 peratus), rekod senarai hitam (8.06 peratus), kecurian identiti (0.47 peratus) dan lain-lain.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Digital Berhad, Erick Hamburger memaklumkan, pihaknya telah menggunakan mesin untuk meningkatkan kecekapan Biro Penipuan IDGuard CTOS sepanjang tahun lalu.

“Angka terkini menunjukkan peningkatan kadar pengesanan lebih enam peratus dan kemungkinan ia menjadi alat penting dalam membanteras penipuan serta sindiket.

“Peningkatan terbaharu ini untuk sektor dan ekonomi kita memandangkan sektor kewangan digital semakin berkembang,” jelasnya.

CTOS IDGuard merupakan sebahagian rangkaian perkhidmatan penipuan dan platform berkenaan memanfaatkan pangkalan data unik seperti CTOS e-KYC, CTOS Multi-Face ID serta CTOS Digital Footprint. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top