July 27, 2024

Eskayvie terokai produk formulasi bahan semula jadi

Eskayvie terokai produk formulasi bahan semula jadi


KUALA LUMPUR – Syarikat pengeluar produk kesihatan, Eskayvie merancang untuk untuk mengeluarkan 500 produk berkualiti tinggi yang diformulasikan menggunakan bahan-bahan semula jadi menerusi inovasi berterusan.

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri berkata, produk tersebut akan dihasilkan oleh kumpulan penyelidikan dan pembangunan syarikat bersama ahli profesional bertauliah.

“Eskayvie sentiasa meneroka penggunaan teknologi terbaharu untuk mengeluarkan produk terbaik bagi pelanggan yang mahukan gaya hidup holistik dengan manfaat yang luar biasa.

“Kami juga komited untuk menjadi peneraju global industri kesihatan dan kecantikan dan pada tahun 2024, Eskayvie berjaya mengembangkan segmen produknya daripada kesihatan dan kesejahteraan kepada beberapa segmen baharu seperti kecantikan dan kesihatan sunnah,” katanya dalam satu kenyataan.

Ia sempena ulang tahun yang ke-15 yang disambut Eskayvie dengan jumlah kejayaan pelanggan melebihi tiga juta orang sehingga hari ini.

Sepanjang penubuhannya syarikat itu berjaya membantu lebih 80,000 orang usahawan untuk menjana pendapatan berpuluh hingga ratusan ribu ringgit sebulan menerusi model perniagaan Eskayvie Nexus.

Datuk Aznil Nawawi (kanan) merupakan duta Eskayvie.

Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed memberitahu, jenama syarikat kini berada di barisan atas dalam industri produk kesihatan dan kecantikan kerana berjaya bertahan lebih 10 tahun di pasaran.

Ini kerana katanya, berdasarkan sejarah, 96 peratus daripada syarikat yang ditubuhkan tidak boleh meneruskan kelangsunganlebih daripada 10 tahun.

Pada masa ujar beliau, hanya empat peratus sahaja syarikat yang boleh melepasi 10 tahun dan satu peratus  daripada semua syarikat yang boleh mencapai jualan minimum RM10 juta setahun dalam industry produk Kesihatan.

“Kami berpegang teguh dengan visi untuk memperkasakan ekonomi dan kesihatan ummah bagi menyebarkan sebanyak mungkin manfaat kepada masyarakat di luar sana.

“Justeru, Eskayvie juga telah melancarkan sebuah lagi kempen terbaharu ‘Booster Minda’ bagi membantu pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka,” katanya.

Ketika ini, Eskayvie turut melebarkan sayapnya dalam bidang kecantikan dengan mengeluarkan rangkaian produk kecantikan di bawah jenama Amarra di mana selepas kejayaan produk Amarra Hydra Lip Matte, syarikat Bumiputera itu melancarkan satu lagi produk di bawah jenama Amarra iaitu Amarra Velvet Matte Lipstick. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top