September 8, 2024

Singapura pasang kamera pengimejan haba pantau tikus

Singapura pasang kamera pengimejan haba pantau tikus


SINGAPURA: Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) akan menguji kamera yang dilengkapi ciri-ciri pengimejan haba untuk memantau lokasi yang menjadi tumpuan tikus, mulai minggu depan. 

Sebagai permulaan, antara empat hingga lapan kamera akan digunakan bagi dua tempat pembiakan bergantung kepada saiz kawasan untuk mengesan tikus menerusi suhu tubuh mereka dan kawasan lorong belakang.

Kamera-kamera pengimejan haba akan digunakan selama dua minggu di dua lokasi pertama. 

Ia kemudian, akan mula digunakan di lokasi lain secara berperingkat sepanjang tempoh uji cuba selama empat bulan.  

Agensi itu bagaimanapun tidak mendedahkan senarai lokasi yang akan dipantau.

Pihak berkuasa kemudian akan meneliti hasil pemantauan tersebut dan bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan seperti pengendali premis untuk melaksanakan langkah susulan. 

Data itu juga penting bagi membantu pengendali premis mengendalikan langkah pembersihan, pengurusan sisa makanan dan kawalan tikus dengan lebih baik. 

Kamera pengimejan haba membantu mengawasi tikus dengan memantau kawasan lorong belakang yang gelap secara berhati-hati pada waktu malam, berbanding bergerak dengan lampu suluh.

Pelbagai langkah dipertingkatkan untuk menangani masalah kehadiran tikus ketika Singapura berusaha mengesan lebih banyak habitat haiwan perosak itu.

Satu tinjauan yang dijalankan setiap dua bulan mendapati jumlah lubang tikus yang ditemukan di tempat-tempat awam meningkat dari sekitar 4,163 pada 2022 kepada 5,203 (2023).-AGENSI 





Source link

OR

Scroll to Top